11 September 2012

Tips mudah elak penipuan dalam urusan pembelian dalam internet

Selalu kita mendengar kes penipuan di internet.Ada kalanya kejadian tersebut sebenarnya sudah acap kali dilakukan oleh si penipu tersebut,tetapi masih juga ramai yang masih tertipu.Kejadian ini sebenarnya ialah berpunca daripada kecuaian dan sikap ambil mudah oleh pembeli itu sendiri,atau mungkin si pembeli baru hendak mencuba melakukan pembelian melalui online.
Sebagai contoh,melakukan pembelian di laman web seperti lelong.com.my atau ebay.com.my adalah jauh lebih selamat daripada laman web seperti mudah.com.my.Ini kerana sistem dan tahap sekuriti yang digunakan oleh laman web lelong dan ebay adalah lebih baik seperti menggunakan sistem feedback melalui i-trader dan juga meminta pengesahan daripada pihak penjual seperti pengesahan nombor kad pengenalan,no telefon dan sebagainya.
Jadi,tips yang paling mudah untuk mengelakkan daripada ditipu dengan mudah adalah dengan melakukan carian di search engine seperti di laman web carian terkenal iaitu google.com.Mungkin ramai yang terlepas pandang perkara yang mudah seperti ini,tapi itulah hakikatnya.Jadi,jika anda tertarik dengan sesuatu barangan yang dijual dengan harga yang cukup murah dan anda memang teringin sangat untuk membelinya,cuba lakukan carian tentang nama penjual barang tersebut melalui nombor akaun bank yang diberikannya.
Sebagai contoh,nama penjual tersebut ialah Mohd Rizan Bin Mohd Aman(sebagai contoh sahaja).Taipkan nama tersebut pada enjin carian dan cuba dapatkan hasilnya.Anda juga boleh gandingkan nama tersebut dengan kata kunci lain seperti penipu atau scammer dan beberapa keyword lain yang mungkin relevan untuk mendapatkan variasi keputusan daripada hasil carian tersebut.Jadi tidaklah anda tertipu dengan begitu mudah.
Kaedah ini juga anda boleh lakukan untuk apa-apa tujuan berkaitan urusan pembelian di internet sama ada urusan pembelian paypal,pembelian ebook dan sebagainya.Cuba lihat screen shot di bawah tentang keputusan hasil carian mengenai penjual paypal ini:
 
 Setelah diteliti screen shot paypal yang dipaparkan pada laman web itu juga adalah rekaan kerana tiada fee langsung dalam setiap transaksi yang berlaku.Selain itu,gambar lelaki yang dipaparkan dalam laman web tersebut adalah gambar yang diambil daripada profil salah seorang penjual ebay dari Kanada.Anda boleh bacanya di sini:
Sumber:
shttp://filtuse.blogspot.com/2008/11/raja-ebaycom-is-fake.html

Jadi,itulah sedikit tips yang dapat dikongsikan untuk mengelakkan anda daripada ditipu dengan mudah dalam urusan pembelian secara online

10 September 2012

Percutian Termahal Di Dunia

Kemewahan di banjaran Himalaya


Biarpun dianggap terpinggir dari peta pelancongan dunia, Bhutan tetap mempunyai tarikan tersendiri yang sukar diperoleh di mana-mana negara lain di dunia.




BHUTAN yang terletak di barat dan hujung Himalaya merupakan salah satu destinasi percutian termahal di dunia. Tidak hairanlah ia dianggap syurga dalam kalangan golongan berada dan selebriti terkenal. Atas tarikan dan status tetamunya itu, kosnya juga dijangka bertambah mahal pada tahun hadapan.
Pelancong asing yang berkunjung ke sini perlu membuat tempahan awal melalui operator pelancongan yang berdaftar. Lazimnya, mereka mengenakan kadar minimum pada waktu puncak sekitar AS$200 (RM600) sehari merangkumi pakej seperti penginapan, makanan dan pengangkutan.
Keaslian banjaran Himalaya yang dilitupi gunung salji dan sungai-sungai dari gunung yang sentiasa mengalir meneruskan polisi 'pelancongan mewah, berimpak rendah' yang sengaja diperkenalkan bagi memelihara persekitarannya yang masih belum terusik daripada gangguan pelancongan komersial.
Bermula tahun hadapan, kadar caj pada waktu puncak akan meningkat kepada AS$250 (RM750) sehari per musim. Ini bermakna, pasangan pelancong yang menginap di hotel-hotel yang menawarkan pakej tersebut terpaksa membayar harga AS$500 (RM1,500) semalam.


VILA mewah ini disukai ramai pelancong yang sanggup membayar harga tinggi kerana mahu merasai keindahan dan ciri privasinya.



"Percutian mewah ini mungkin nampak seperti tidak berbaloi dari sudut ekonomi, namun ia bertujuan memastikan keaslian alam semula jadi Bhutan terus kekal untuk tatapan para pelancong dan generasi akan datang," kata Pengarah Urusan Lembaga Pelancongan, Kesang Wang.
"Jika kami membuka negara ini seluas-luasnya, pendapatan kami mungkin meningkat mendadak, tetapi apakah harga yang perlu dibayar?
"Kami menahan diri daripada merosakkannya dalam mengejar pembangunan ekonomi tanpa mengambil kira impak sosial dana alam sekitar," ujarnya.
Walaubagaimanapun, pada tahun hadapan, lembaga itu berharap dapat meningkatkan jumlah pelancong kepada lebih 50 peratus iaitu sejumlah 100,000 orang dengan menawarkan pakej percutian.
Laluan penerbangan juga mahu ditambah di beberapa bandar utama seperti Hong Kong dan Singapura.
Selama ini, Bhutan dikenali melalui doktrin pembangunan ekonomi yang dikenali sebagai 'Kebahagiaan Kebangsaan Kasar' yang mengambil kira kesejahteraan mental hampir 700,000 rakyatnya berbanding mengukur keuntungan kewangan semata-mata.
Negara yang terasing dan tidak pernah dijajah biarpun kedudukannya terletak di antara India dan China itu menjadikan hal perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar sebagai salah satu polisi yang mendasari budaya uniknya.
Pakaian tradisional


RUANG restoran di Hotel Uma, Paro memberi ketenangan buat para penginapnya.



Rakyat Bhutan diwajibkan memakai pakaian tradisional ketika melawat pejabat-pejabat kerajaan dan memakai pakaian elegan yang ditenun setiap hari sebagai mezahirkan kebanggaan mereka pada negara.
Keputusan Bhutan untuk mengelakkan kebanjiran pelancong luar terutamanya golongan pengembara backpackers yang mencari percutian murah di Himalaya dan jirannya Nepal, sekali gus menjadikannya sebagai destinasi yang menarik kepada sesiapa yang mahu menikmati percutian mengagumkan.
Beberapa bintang Hollywood seperti Leonardo di Caprio dan Kiera Knightley sebelum ini pernah menginap di resort di Uma Paro, salah satu daripada rangkaian hotel mewah dan eksklusif yang ditawarkan kepada para pelancong di negara itu.


BINAAN unik ini begitu menyerlah di atas landskap semula jadi.



Menginap di hotel-hotel sedemikian memerlukan pelancong membayar kos tambahan berbanding pakej lawatan asas yang berharga AS$200 (RM600) untuk lawatan sehari. Ini bermakna, bermalam di suite Uma Paro memerlukan mereka membayar sehingga AS1,000 (RM3,000) semalam.
Ravi Nischal dari Kumpulan Taj, pemilik berbangsa India yang memiliki rangkaian hotel-hotel mewah seperti di Thimpu, berkata, Bhutan mempunyai kelas tersendiri kerana ia kurang dikunjungi dan kebanyakan pelancong hanya mampu mengimpikan untuk melawatnya.
"Setiap destinasi yang ditawarkan di sini disertai konotasi mewah," ujarnya.
"Terdapat juga banyak misteri yang mendasari Bhutan. Ia dikenali sebagai Shangri-La Terakhir," katanya, merujuk kepada syurga Himalaya yang dinyatakan dalam novel terbitan 1933, Lost Horizon karya James Hilton.


SUASANA hebat di pinggir gunung dekat Paro ini dapat disaksikan pelancong yang mahu melawat biara Taktsang yang digelar Tiger's Nest.



Ia juga pernah digelar Tanah Naga Kilat sebelum ini kerana ketiadaan jalan raya dan mata wang sehinggalah tahun 1960-an. Rangkaian televisyen pula hanya dinikmati pada 1999 sebagai salah satu cara menarik perhatian pelancong asing.
Percutian mahal
Seorang ahli terapi, Nicole Feerbrucker, 56, yang berasal dari Belanda memberitahu bahawa dia mahu melawat ke negara itu sejak melihat gambar-gambar yang menunjukkan bekas raja negara itu melalui majalah National Geographic pada tahun 1974.


LELAKI tempatan ini berjalan melewati ruang siar kaki Memorial Choeden yang dibina bagi mengingati Raja Jigme Dorji Wangchuk.



Wanita itu berkata, tarif harian dan caj penerbangan tinggi yang dikenakan oleh satu-satunya syarikat penerbangan milik negara itu, Druk Air, bagi menghubungkan Bhutan ke dunia luar, menjadikan percutian kali itu agak mahal untuk dia dan keluarganya.
"Namun, berkunjung ke Bhutan dengan membayar jumlah yang agak besar untuk bercuti dapat memastikan kelangsungan negara ini seperti sebelumnya. Secara tidak langsung, ia dapat menghindari pengaruh luar," kata Feerbrucker.
Sasaran 100,000 pelancong tahun hadapan menimbulkan perasaan kurang senang segolongan rakyatnya yang bimbang kesan kemasukan pelancong secara tiba-tiba itu.
Menurut Karma Tshiteem, ketua yang berpengaruh dalam Suruhanjaya Kebahagiaan Kebangsaan Kasar iaitu sebuah agensi penggubal polisi kerajaan, peningkatan pelancong mampu diserap dengan risiko kerosakan yang minimum.


PATUNG Buddha Dordemnma sedang dibina di salah sebuah puncak panorama di Thimphu.



"Kunci dalam strategi kami ialah mencapai jumlah 100,000 pelancong tanpa sebarang kesan negatif dan angka itu kini semakin meningkat sepanjang tahun di seluruh negara," katanya.
Ketika ini, sebahagian besar pelancong tiba pada musim bunga dan musim luruh untuk menikmati percutian sepanjang minggu di tiga lembah yang mudah dikunjungi dari bandar Paro, yang menempatkan lapangan terbang antarabangsa di negara itu.
Lembaga Pelancongan Bhutan mahu menarik kehadiran para pelancong yang mahu menikmati pakej percutian mewah, menghadiri persidangan dan pelancongan kembara. Begitupun, Bhutan tidak menawarkan aktiviti penjelajahan di kawasan pergunungan kerana ia dianggap tempat suci bagi penduduk negara itu.
Melalui pelan pemasaran berterusan di luar negara dan peningkatan jumlah penerbangan, pihak pelancongan berharap dapat meningkatkan kehadiran pelancong tanpa menjejaskan alam sekitar dan keaslian di negara yang paling terpencil di dunia itu. - AFP

3 Tips Elakkan Perasaan Gemuruh Semasa Temuduga

Perasaan gemuruh adalah sesuatu perkara  lumrah ketika menghadiri temuduga. Berikut adalah 4 tips untuk mengelakkan perasaan gemuruh ketika menunggu giliran dan berhadapan dengan penemuduga:


Tips 1: Ketika menunggu giliran, jangan terlalu mengandaikan soalan penemuduga.

Calon temuduga mudah menjadi gemuruh sekiranya terlalu memikirkan berkenaan soalan yang akan ditanyakan  penemuduga. Oleh itu, jangan fikirkannya! Tenangkan fikiran dan elakkan diri dari mengandaikan perkara yang negatif.

Tips 2:  Anggap Temuduga Sebagai Sebuah Proses Perbualan
Calon yang dipanggil temuduga biasanya telah mencapai kelayakan yang dikehendaki oleh organisasi, dan temuduga digunakan sebagai medium untuk organisasi mengenalpasti calon dengan lebih dekat selain dari maklumat yang diperoleh dari dokumen permohonan kerja sahaja. Jadi anggaplah temuduga sebagai sebuah proses perbualan yang memerlukan jawapan ringkas dan padat. Penemuduga juga merupakan manusia biasa yang mahukan perbualan yang segar dan semulajadi, jadi anda hanya perlu buat bersahaja dan tidak perlu terlalu gemuruh!

Tips 3:  Berfikiran optimistik
Befikiran optimistik boleh mengurangkan rasa gemuruh. Tanya pada diri anda sendiri, adakah anda pernah melalui situasi yang lebih sukar dari sekarang? sudah tentunya ya, bukan? Jadi cuba jadi lebih optimistik, dan berlatihlah untuk jadi lebih bersahaja..


Demikian sahaja tips temuduga pada hari ini untuk mengelakkan perasaan gemuruh semasa temuduga.

Mengapa Saya Perlu Kurangkan Berat Badan Saya?

Mengapa Turunkan Berat Badan?

Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.

Turunkan Berat BadanBMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.

Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan Saya?

Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.

Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?

Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Malah menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram boleh memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik.

Ketahui keperluan kalori anda: Apabila merancang untuk menghilangkan berat badan, ianya penting untuk memahami apakah pengambilan kalori yang disarankan yang perlu bagi jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal anda.

Kesan dan jejak kalori anda: Walau jika anda menjejak apa yang anda makan selama beberapa hari, anda akan belajar banyak tentang tabiat anda. Kira jumlah kalori makanan yang anda makan berbanding dengan kalori tenaga yang anda gunakan pada tahap aktiviti fizikal anda. Ianya adalah berkaitan dengan mengimbangkan kalori masuk dan kalori keluar, dan belajar merancang sewajarnya untuknya.

10 Tips Pengurusan Kewangan

1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan
Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.

Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.


2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)
Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.


3. Lunaskan hutang kad kredit
Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang BESAR!

4. Mencarum dalam pelan persaraan

Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.

5. Menabung.

Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.

6. Melabur.

Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.

7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja 

Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.

8. Semak liputan insurans
Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.

9. Kemas kini wasiat
Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.

10. Simpan rekod kewangan dengan baik
Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.

Perbezaan antara Windows 32 bit dan 64 bit

Kebanyakkan komputer sekarang menggunakan processor 32-bit. Banyak aplikasi yang menggunakan platform 32-bit mampu berfungsi dalam 64-bit tetapi aplikasi yang menggunakan platform 64-bit kemungkinan tidak boleh berfungsi dalam 32-bit.
Sistem 32bit versus 64bit
Sebagai permulaan, mari kita lihat terlebih dahulu asas kepada unit pemprosesan dan bagaimana boleh wujudnya teknologi ini. Dalam sesebuah komputer, terdapat beberapa elemen yang penting untuk mewujudkan fungsi unit pemprosesan. Salah satunya adalah bas data (data bus). Ianya bukanlah sebuah bas seperti yang selalu kita nampak tetapi ia bertindak sebagai pembawa maklumat atau data (pengangkutan data). Secara asasnya, ia menyediakan sambungan antara unit pemprosesan, unit ingatan dan beberapa unit lain bagi membolehkan komputer bertindak seolah-olah berfikir. Data-data akan dihantar menerusinya melalui aliran tenaga elektrik. Dalam unit 32bit, saiz penghantaran setiap data adalah sebesar 32-bits yang bergantung kepada keluasan atau ruang penghantaran. Manakala sistem 64bit mempunyai keupayaan dua kali ganda berbanding sistem tradisional. Berupaya untuk memproses maklumat dua kali lebih pantas. Sungguhpun begitu, bagi mencapai tahap pemprosesan optimum, unit pemprosesan memerlukan ruangan yang lebih besar supaya data yang dihantar dua kali ganda banyaknya dapat diproses serentak. Oleh sebab itu, wujudnya multi-pemprosesan dalam satu unit (multi core processor).

Sistem Operasi 64bit (Operating system)
Teknologi ini tidak akan sempurna sekiranya perisian sistem operasi yang digunakan tidak menyokongnya. Sekarang jika anda lihat, terdapat pilihan di mana setiap sistem operasi dikeluarkan dalam versi 32bit atau 64bit. Corak pengendalian data dan pemacu perisian (driver software) perlu serasi dengan perkakas. Seandainya anda menggunakan versi yang berlainan, contohnya Windows 32bit pada komputer 64bit, kadar pemprosesan akan dilakukan pada tahap 32bit sahaja.

Siapa yang perlu menggunakan sistem 64bit?
Adalah lebih tepat saya katakan "Siapa yang akan mendapat kepuasan dengan sistem 64bit?". Jawapan adalah golongan ahli perniagaan, universiti, kumpulan saintifik dan tidak ketinggalan pihak kerajaan. Kebiasaanya golongan ini melakukan kerja-kerja seperti suntingan video, reka bentuk grafik, penghasilan perisian dan banyak lagi. Namun bagi pengguna biasa (home user), penggunaan sistem 64bit kadang kala merugikan anda kerana anda tidak mungkin akan merasai kelebihannya. Aktiviti seperti pemprosesan teks, pengiraan tabular jadual (excel spreadsheet) dan melayari internet tidak memerlukan tahap pemprosesan yang begitu tinggi. Anda boleh menggunakan simpanan kewangan untuk mendapatkan perkakasan lain yang lebih bermutu seperti ruangan cakera keras dan kekuatan memori yang lebih tinggi. Tahukah anda perbezaan CPU 32-bit(x86) dan 64-bit(x64)? Perbezaannya adalah dari segi memori. 64-bit mampu menampung lebih banyak RAM berbanding 32-bit. Apa maksud 32-bit dan 64-bit? Seperti yang kita tahu komputer hanya faham 0 dan 1, ia dipanggil nombor binari. 2^32 = 4,294,967,296. CPU 32-bit hanya boleh guna RAM sebanyak 4GB sahaja. Kalau 64-bit korang boleh kira sendiri.